i have to spill this out. been on my mind for a few days already. will best be written in malay.
jadi. manusia. memang suka mengumpat. semua, lelaki, perempuan. jangan cakap lelaki tidak mengumpat, cara mengumpat saja lain sikit dari cara perempuan mengumpat.
hoh, kau. jangan tipu, muka kau merah merah sudah, lagi tidak mahu mengaku. heh.
aku. tipu kalau cakap tidak pernah mengumpat. aish.
ah, susah pula mau put in words. pendek kata, semua orang mesti ada meng-, ter- umpat orang lain.
jadi. sebenarnya kita tidak boleh marah marah atau melenting melampau bila kita tahu ada orang mengumpat kita. bukan aku mahu cakap orang yang mengumpat tu tidak salah, bukan. sebab aku rasa lah kan, okeh orang umpat kau, fine, kau marah sebab dia umpat kau.
tapi kau jangan lupa. kau pun MUNGKIN ada pernah meng-, ter- umpat orang. tidak kisah lah siapa. boleh jadi orang yang kau marah sebab umpat kau tadi, atau mungkin orang lain. yang kau tidak tahu entah siapa lagi dia umpat kan. oh my, tolong kira dulu berapa kali perkataan umpat diulang dalam perenggan ini.
sambung balik. jadi kau pun pernah mengumpat. jadi cuba kau fikir kalau orang yang kau umpat tadi dapat tahu kau umpat dia. apa dia rasa.
anyway, mestilah dia pun marah. cuba kau fikir balik. dia rasa benda sama yang kau rasa, sebab kau umpat dia. dan kau, buat benda yang sama dengan orang yang kau marah tadi. yang kau marah sebab dia umpat kau tu. kau pun sama saja.
gila kan. cycle mengumpat. haha.
my point is. kita semua mengumpat. jadi jangan lah marah melampau lampau kalau tahu ada orang mengumpat kita. kau pun umpat orang.
lain cerita lah kalau kau memang seorang yang baik hati dan tidak pernah umpat orang langsung. tahniah lah kepada kau.
well. ini peringatan untuk diri sendiri sebenarnya. tidak ditujukan kepada insan insan tertentu. kesimpulannya marilah kita kurangkan mengumpat.
or better. jangan lah kita mengumpat. berdosa woh.


0 orang babbling balik.:
Post a Comment